SW Pasir Gudang Region

Forum Khas Untuk Ahli Southern Wheel Cawangan Pasir Gudang
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» Majlis Pernikahan Mayat & Suzy
Thu Dec 10, 2009 5:04 am by Najwa CR

» Car's Discussion Section
Thu Dec 10, 2009 4:58 am by Najwa CR

» Mari Bersembang Sampai Lebam #1
Thu Dec 10, 2009 4:57 am by Najwa CR

» Sila Kenalkan Diri Anda
Wed Nov 25, 2009 12:14 pm by terung_sw

» Southern Wheel Pasir Gudang Family Day Convoy
Tue Nov 03, 2009 2:13 pm by Mayat

» Ucapan Raya
Sun Oct 18, 2009 6:45 am by Mayat

» Buku Pelawat & Cadangan
Wed Oct 14, 2009 8:22 pm by Jao

» Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)
Thu Oct 01, 2009 6:03 pm by Najwa CR

» Official Designer
Fri Sep 18, 2009 9:40 am by Admin

Top posters
Mayat
 
Pojie CR
 
Najwa CR
 
Admin
 
Farah BB
 
Corot CR
 
Amri CR
 
terung_sw
 
Landak
 
Jao
 

Share | 
 

 Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator


Posts : 9
Join date : 10/09/2009
Location : Malaysia

PostSubject: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Fri Sep 18, 2009 9:48 am

KUALA LUMPUR: Sebahagian pusat penyembelihan ayam di pasar utama, termasuk yang bakal dijadikan juadah Aidilfitri, dikesan melemaskan ayam yang baru disembelih ke dalam tong besar berisi air atau menindihnya dalam tong bagi mempercepatkan proses kematian sebelum diproses dan dijual kepada orang ramai.

Kegiatan peniaga terbabit terbongkar dalam operasi khas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di beberapa pusat penyembelihan di pasar utama sekitar ibu kota, awal pagi semalam.

Lebih menjijikkan apabila ada antara pusat penyembelihan ayam terbuka itu ‘berjiran’ dengan gerai atau tempat penjualan daging babi, sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada ayam terbabit halal dimakan.

Pegawai penguat kuasa Jakim yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila menemui tong biru berisi air yang dipenuhi puluhan ayam mati di dalamnya.

Penemuan memeranjatkan itu membuktikan pekerja premis terbabit sengaja menenggelamkan ayam yang baru disembelih ke dalam tong berkenaan untuk mempercepatkan proses kematian.

Soal siasat terhadap seorang pekerja mendapati, tugas penyembelihan dilakukan warga Bangladesh dan Indonesia yang diambil bekerja tanpa sijil pentauliahan penyembelihan sah.

Selain melemaskan dalam tong besar berisi air, ada pekerja penyembelihan memasukkan puluhan ayam yang sudah disembelih ke dalam tong sempit menyebabkan ayam terbabit lemas dan mati akibat tertindih.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), dua kawasan pasar di Chow Kit dan Jalan Pudu di sini, diserbu kira-kira jam 3 pagi.

Operasi yang disertai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jakim, Othman Mustapha dan Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, disasarkan terhadap lebih 12 premis penyembelihan yang statusnya meragukan.

Difahamkan, kebanyakan premis terbabit dikesan menggaji tukang sembelih tidak bertauliah di kalangan warga asing terutama warga Bangladesh dan Indonesia.

Dalam operasi di Pasar Pudu, pegawai Jakim terpaksa meredah gerai dan lorong dipenuhi longgokan daging babi sebelum menemui pusat penyembelihan ayam milik warga tempatan.

Bagaimanapun, dua pekerja warga Myanmar dan Bangladesh yang sedang leka menyembelih ayam melarikan diri sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Agak mengejutkan apabila pekerja pusat penyembelihan ayam terbabit didapati mencampakkan semua ayam yang sudah siap ditanggalkan bulunya ke atas permukaan lantai kotor dan berlumut.

Kerja penyembelihan sambil lewa yang tidak mengikut hukum syarak turut terbukti apabila pemeriksaan Jakim di pusat penyembelihan sekitar Chow Kit di sini, turut mendapati lokasi terbabit terlalu kotor dan menjijikkan.

Tali perut serta bangkai ayam pula dilonggokkan bersama dalam beberapa bekas yang terdedah. Lebih teruk lagi, beberapa ekor tikus dilihat berkeliaran dalam pusat penyembelihan sempit terbabit.

Othman yang ditemui selepas operasi itu berkata, agak mengejutkan apabila kebanyakan tukang sembelih ayam yang ditemui tidak memiliki tauliah daripada Jawi, selain turut diselenggara warga asing.

“Ada antara ayam terbabit didapati mati bukan kerana disembelih, tapi kerana sesak nafas selepas tertindih dalam tong besar selain dilemaskan. Mengikut hukum syarak, ayam sebegini yang tidak mati akibat sembelihan haram dimakan umat Islam.

“Selain itu, lokasi penyembelihan ayam yang terlalu dekat dengan pusat jualan daging babi turut dikesalkan,” katanya.

Menurutnya, paling sukar dipercayai bagaimana seorang tukang sembelih boleh melakukan tugas menyembelih ribuan ekor ayam dalam tempoh hanya beberapa jam.

“Perkara ini pastinya boleh menyebabkan berlaku kecuaian apabila ayam yang disembelih tidak dipotong mengikut hukum syarak ditetapkan iaitu putus pada bahagian kerongkong, tenggorok dan urat nadi,” katanya.

Beliau berkata, Jakim dan jabatan agama Islam negeri boleh menarik balik lesen halal yang diberikan kepada pengusaha pusat sembelihan ayam jika mendapati mereka gagal mengikuti peraturan ditetapkan syarak.

Katanya, operasi terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dan rungutan daripada orang ramai yang curiga terhadap kaedah penyembelihan ayam di beberapa pasar utama di seluruh negara.
Back to top Go down
View user profile http://swpg.4rumer.net
Najwa CR
Moderator
Moderator


Posts : 13
Join date : 13/09/2009
Age : 30
Location : Cheras, Key Ell

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Fri Sep 18, 2009 2:54 pm

fuh, mcm ni meremang bulu tengkuk aku nk makan ayam

ada ke patut dorg buat mcm ni??
Back to top Go down
View user profile
Amri CR
Southern Wheel Members
Southern Wheel Members


Posts : 4
Join date : 18/09/2009
Age : 34
Location : Cheras / Shah Alam

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Fri Sep 18, 2009 3:12 pm

ni la sebab nak mengejar keuntungan, syariah diketepikan!
Back to top Go down
View user profile
Farah BB
Southern Wheel Members
Southern Wheel Members


Posts : 6
Join date : 15/09/2009
Age : 28
Location : Shah Alam

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Sat Sep 19, 2009 9:29 am

betul betul

sejak bile ko pandai berbicara pasal hukum syariah ni amri?? Garu Kepala
Back to top Go down
View user profile
Najwa CR
Moderator
Moderator


Posts : 13
Join date : 13/09/2009
Age : 30
Location : Cheras, Key Ell

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Thu Sep 24, 2009 5:05 pm

bb: sejak dia jd laki aku la!
Back to top Go down
View user profile
Pojie CR
Southern Wheel Members
Southern Wheel Members


Posts : 15
Join date : 12/09/2009
Age : 32
Location : Rawang, Selangor

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Fri Sep 25, 2009 5:47 am

telor : bukan ke dia semakin rosak akhlaknya??
Back to top Go down
View user profile http://www.southernwheel.net
Najwa CR
Moderator
Moderator


Posts : 13
Join date : 13/09/2009
Age : 30
Location : Cheras, Key Ell

PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Thu Oct 01, 2009 6:03 pm

pojie: wak lu!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)   Today at 11:47 am

Back to top Go down
 
Ayam Lemas Juadah Raya (Sumber MyMetro)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SW Pasir Gudang Region :: Southern Wheel Forum :: Bulletin-
Jump to: